Skip to main content

Bola Sepak

Piala Asia: Wartawan Astro Arena curi tumpuan berangkat ke Qatar dengan baju Melayu untuk liputan

zulhelmi_1.jpg
Wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, segak berbaju melayu sebagai simbolik jati diri rakyat Malaysia ketika bertolak ke Qatar. 

Zulhelmi -- yang ditemani keluarganya ketika di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) -- akan membuat liputan untuk pusingan akhir Piala Asia di Doha dengan menaiki pesawat Airbus MH0164 ketika perlawanan pembukaan di antara tuan rumah, Qatar, dan Lubnan sedang berlangsung, awal pagi tadi. 




Bukan atlet sahaja, wartawan juga terpaksa berkorban dan meninggalkan keluarga tercinta untuk tmepoh hampir sebulan apabila ke medan tugasan. 

Zulhelmi akan membawakan kita berita eksklusif khususnya membabitkan Harimau Malaya yang akan membuka kempen menentang Jordan, Selasa depan. 

 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video