Tonggak serangan Harimau Malaya, Faisal Halim, menegaskan perjuangan pasukannya dalam kempen Piala Asia Qatar belum berakhir tatkala pemain naturalisasi negara, Paulo Josue, percaya mereka mampu menangani isu keyakinan untuk menghadapi Bahrain.
Skuad bimbingan Kim Pan-gon bermula hambar apabila dibelasah 0-4 menentang Jordan dalam aksi pembukaan Kumpulan E, Isnin lalu.
Ia sememangnya pahit untuk ditelan, namun 'Mickey' enggan dibelenggu dengan mimpi buruk itu.
Faisal percaya skuad negara masih berpeluang untuk bersaing ke pusingan 16 sekalipun misi itu tampak lebih sukar kali ini.
"Secara realistik memang sukar tapi sebagai pemain, kami perlu percaya mengenai perancangan kami sejak awal kem lagi.
"Ini bukan masa untuk kami tunduk ke bawah. Ini waktunya untuk kami belajar di pentas yang lebih tinggi dan lebih jauh," katanya.
Terdahulu, anak buah Pan-gon tetap ceria dan kekal positif ketika sesi latihan menjelang aksi dengan Bahrain, Sabtu ini.
Tertumpu kepada proses mengembalikan semula keyakinan pemain, Josue mengakui api perjuangan Harimau Malaya tetap membara.
"Kami perlu hadamkannya secepat mungkin. Kami ada perlawanna lagi, kami masih ada peluang.
"Kami perlu bangkit, kami perlu menganalisa perlawanan lalu kerana saya percaya kami masih berpeluang ke pusingan seterusnya," katanya.