Tuan rumah Piala Asia 2023, Qatar, mara bergaya ke pusingan 16 dengan rekod kemenangan bersih apabila menumbangkan China 1-0 dalam aksi terakhir Kumpulan A di Stadium Antarabangsa Khalifa awal pagi tadi.
Kemenangan itu menyaksikan Qatar mengumpulkan sembilan mata maksimum daripada tiga perlawanan sambil China pula berisiko tersingkir awal dengan hanya dua mata untuk menghuni tempat ketiga.
Penantian jaringan dalam perlawanan itu dipecahkan dengan cara yang paling diingati, di mana sepakan penjuru yang diambil Akram Afif menemui ketua pasukan, Hassan Al-Haydos, di luar kawasan penalti sebelum penyerang itu melepaskan rembatan voli ke penjuru atas gawang lawan pada minit ke-66 -- kedua-dua pemain itu dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit ke-64.
Qatar, yang sudah mengesahkan kemaraan lebih awal, akan diiringi Kyrgyzstan selaku naib juara Kumpulan A selepas menewaskan Lubnan 2-1 dalam satu lagi perlawanan.
China, dalam pada itu, perlu menunggu keputusan kumpulan-kumpulan lain dalam perebutan tempat selaku empat pasukan di tempat ketiga terbaik.

The defending champions, Qatar, with 9 points, and Tajikistan qualify in their first-ever appearance#AsianCup2023 #HayyaAsia pic.twitter.com/q676noo7On
— AFC Asian Cup Qatar 2023 (@Qatar2023en) January 22, 2024