Skip to main content

Bola Sepak

Piala Asia: Tuan rumah layak ke pusingan 16

uae.jpg
UAE 1 THAILAND 1

Tuan rumah Piala Asia, Emiriah Arab Bersatu (UAE) melangkah ke pusingan kalah mati selepas muncul juara Kumpulan A di sebalik meraih keputusan seri 1-1 dengan Thailand, awal pagi tadi.

Skuad bimbingan Alberto Zaccheroni itu kelihatan memiliki kelebihan daripada aspek teknikal, namun bergelut untuk mencetak jaringan sementara Thailand meraih satu mata berharga untuk memastikan mereka turut ke pusingan seterusnya selaku naib juara.

Ali Mabkhout meletakkan UAE di hadapan dan kekal mengawal rentak permainan dala separuh masa pertama, namun Thailand berjaya menyamakan keududkan menerusi Thitipan Puangchan.

Kedua-dua pasukan seakan-akan hilang punca untuk menghasilkan jaringan, dengan keputusan seri ini menyaksikan kedua-dua pasukan ke pusingan seterusnya manakala Bahrain turut mara menerusi kemenangan 1-0 ke atas India.

Advertisement

Must Watch Video