Skip to main content

Bola Sepak

Piala Asia: Tajikistan mara ke pusingan 16 dalam penampilan pertama

tajikistan.jpg
TAJIKISTAN 2 LUBNAN 1

Tajikistan meraih kemenangan 2-1 ke atas Lubnan dalam aksi terakhir Kumpulan A, Piala Asia Qatar 2023 di Stadium Jassim Bin Hamad awal pagi tadi.

Kemenangan itu menyaksikan The Crowns layak ke pusingan 16 dalam penampilan pertama di pentas Piala Asia.

Lubnan, bagaimanapun, terlebih dahulu membuka jaringan pada awal babak kedua, di mana Bassel Jradi melepaskan sepakan lencong ke gawang lawan pada minit ke-47.

Bagaimanapun, malang menimpa mereka apabila Kassem El-Zein dilayangkan kad merah pada minit ke-54 dan kesempatan itu dimaanfaatkan sepenuhnya Tajikistan untuk melancarkan serangan bertali arus ke gawang Lubnan.

Selepas dua jaringan mereka dibatalkan gara-gara ofsaid, gol yang ditunggu-tunggu itu hadir pada 10 minit terakhir.

Parvizdzhon Umarbaev menemui jaringan penyamaan buat Tajikistan pada minit ke-80 sebelum Nuriddin Khamrokulov menjaringkan gol kemenangan dalam waktu kecederaan.

Ketua jurulatih, Petar Segrt, berkata: "Setiap hari kami dapat kekal lebih lama di sini amat luar biasa. Kami sudah mencapai impian pertama kami untuk layak ke pusingan 16.

"Ini bola sepak, setiap dari kami memiliki impian ini," katanya.
   
 

Advertisement

Must Watch Video