Skip to main content

Bola Sepak

Piala Asia: Sukar, namun tidak mustahil benam Republik Korea

malaysia.jpg
Ujian getir dan medan memperbaiki maruah Harimau Malaya yang tercalar kini terletak di perlawanan terakhir saingan Piala Asia Qatar berdepan Republik Korea malam ini.

Stadium Al-Janoub bakal menjadi saksi pertembungan Malaysia-Republik Korea yang ke-49, Taeguk Warriors yang dibarisi bintang yang cukup berpengalaman di pentas Eropah manakala skuad Kim Pan-gon bakal mempertaruhkan segala kudrat untuk memastikan Malaysia bukan tiba di Qatar sebagai pelengkap jadual.

Berdasarkan 48 perlawanan sebelum ini, menerusi @HarimauMYstats, ini adalah 10 kemenangan yang sentiasa kekal dalam ingatan rakyat Malaysia.
 

Mungkinkah magis memihak Malaysia, memastikan kemenangan ke-11 ke atas pasukan yang berada di ranking ke-23 dunia itu.

Advertisement

Must Watch Video