Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Piala Asia: Stadium Lusail venue aksi pembukaan, final

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lusail.jpg
Stadium Lusail mencipta sejarah tersendiri yang menjadi saksi bagi aksi final Piala Dunia 2022 membabitkan Argentina dan Perancis, di mana Argentina dinobat sebagai juara.

Julung kalinya, stadium berstatus venue Piala Dunia bakal digunakan untuk penganjuran Piala Asia dan ia berlangsung di Doha, Qatar tahun depan.

Kemudahan yang sama seperti mana pasukan Piala Dunia lalui sebelum ini, itulah juga yang bakal dirasai pasukan yang akan beraksi di Piala Asia termasuk Malaysia yang berada di bawah kepimpinan Kim Pan-gon.

Difahamkan sebanyak sembilan stadium akan digunakan dan tujuh daripadanya adalah stadium berstatus piala dunia dan dua adalah dari penganjuran Liga Super Qatar.

Jelajah media untuk 100 hari sebelum bermulanya Piala Asia di Qatar, Doha memberi penghormatan buat semua media di Asia untuk melihat lebih dekat stadium utama iaitu Stadium Lusail yang akan digunakan untuk aksi pembukaan dan juga final Piala Asia 2023.

Dengan kapasiti seramai 80,000 penyokong yang hadir bakal melalui pengalaman yang cukup baik menerusi pelbagai kemudahan selain teknologi yang digunakan di Stadium Lusail.
 

Advertisement

Must Watch Video