Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Piala Asia: Son Heung-min belum mampu tamatkan 'badi' ke atas Malaysia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

421688133_939842780845140_2067255271964874273_n-1.jpg
Pemain sensasi Asia yang juga penyerang prolifik kelab Tottenham Hotspur, Son Heung-min nampaknya masih gagal menamatkan badi kemenangan ke atas pasukan Harimau Malaya selepas pertemuan terakhir mereka semalam.

Son yang dilihat agak sugul selepas wisel penamat melihatkan Korea masih belum mampu mengatasi Malaysia dengan sebarang kemenangan sejak penglibatannya bersama skuad Taegeuk Warriors itu, di mana pasukannya hanya mampu mencatatkan keputusan seri 3-3 di perlawanan kumpulan E Piala Asia Qatar 2023.

Dalam rekod pertemuan sebelum ini juga memperlihatkan keunggulan pasukan Malaysia di bawah pimpinan Datuk Ong Kim Swee menewaskan Korea dengan jaringan 2-1 di perlawanan Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang hasil 2 jaringan Safawi Rasid. Dalam perlawanan tersebut, Son turut diturunkan membantu pasukan sebagai pemain gantian namun tidak mampu mengelak kekalahan di tangan Harimau Muda itu.

Perlawanan semalam menyaksikan Korea hanya mampu mencatat keputusan seri 3-3 menentang Malaysia, dan menamatkan kedudukan di tangga kedua kumpulan E di bawah Bahrain yang unggul menjuarai kumpulan selepas menewaskan Jordan 1-0.

Kedudukan carta kumpulan E menyaksikan hanya Malaysia tidak meneruskan cabaran ke pusingan 16, manakala Bahrain, Korea layak selaku 2 pasukan juara dan naib juara, dan Jordan mengiringi mereka selaku antara pasukan yang menduduki tempat ketiga terbaik.

Untuk perlawanan pusingan 16, Korea akan berdepan cabaran Arab Saudi pada Rabu, 31 Jan jam 12:00 pagi manakala Bahrain akan bertemu naib juara edisi lalu, Jepun juga pada Rabu, 31 Jan 7:30 malam, dan Jordan akan turun lebih awal menentang Iraq pada Isnin, 29 Jan jam 7:30 malam.

Advertisement

Must Watch Video