Skip to main content

Bola Sepak

Piala Asia: Semangat juang Palestin pastikan mata pertama di Qatar

palestin-2025.jpg
Palestin memastikan mata pertama diperoleh dalam saingan Piala Asia Qatar apabila berjaya mengikat Emiriah Arab Bersatu (UAE) 1-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Al Janoub awal pagi tadi.

UAE terpaksa bermain dengan 10 pemain sejak minit ke-37 perlawanan, UAE terpaksa bertahan hampir keseluruhan perlawanan sehingga penjaga gol, Khaled Eisa, menghadirkan permainan persembahan Pemain Terbaik Perlawanan berdepan serangan Palestin, menyaksikan mereka kini mengumpulan empat mata, manakala Palestin berjaya memastikan mata dalam saingan kali ini.

Kedua-dua pasukan menghadirkan peluang di awal permainan, dengan tandukan Zeid Qunbar memaksa Khaled Eisa melakukan gerakan cemerlang untuk menafikan jaringan, manakala bek-kiri UAE, Abdullah Idris, melepaskan percubaan yang hampir melepasi gawang.

Jaringan pertama perlawanan terhasil menerusi Sultan Adil yang berjaya melepaskan diri daripada benteng akhir Palestin sebelum menanduk masuk hantaran lintang Ali Saleh, pemain berusia 19 tahun itu berjaya memperoleh jaringan kedua dalam saingan Piala Asia, selepas membuka jaringan ketika berdepan Hong Kong, China.
 
Selepas berada di bangku simpanan dalam aksi pertama, penyerang, Oday Dabbagh, merupakan watak yang sering menghadirkan ancaman buat benteng akhir UAE, usahanya mendapatkan jaringan penyamaan seakan sudah berhasil apabila memaksa pertahanan, Khalifa Al-Hammadi untuk menjatuhkan penyerang itu dalam kotak penalti sehingga memaksa pengadil perlawanan untuk melayangkan kad merah.

Tamer Seyam bertanggungjawab untuk mengambil sepakan penalti namun ia berjaya dinafikan Eisa. Di kala The Whites beraksi dengan 10 pemain, ketua jurulatih, Paulo Bento, mengeluarkan pemain sayap, Fabio Lima dan memperkenalkan pemain pertahanan Khalid Al-Hashemi bagi mengharungi baki perlawanan.
 
Sedar dengan kelebihan seorang pemain di atas padang, Palestin dengan penuh bersemangat menghadirkan serangan demi serangan, memberikan tekanan kepada pasukan untuk mendapatkan jaringan penyamaan dan akhirnya berhasil lima minit selepas perlawanan bersambung di separuh masa kedua, hantaran silang Seyam ditanduk masuk oleh pertahanan UAE, Bader Nasser ke gawang sendiri.

Eisa menampilkan kualiti yang luar biasa sehingga tamat perlawanan, menafikan deretan peluang bagi memastikan kedua-dua pasukan berkongsi mata.

Kedua-dua pasukan menamatkan saingan peringkat kumpulan pada Selasa, dengan UAE berdepan Iran di Stadium Education City manakala Palestin bertemu Hong Kong, China di Stadium Abdullah bin Khalifa.
 

Advertisement

Must Watch Video