Safawi Rasid merupakan senjata rahsia untuk Malaysia mencabar Piala Asia 2023 tatkala duo di bahagian serangan, Arif Aiman Hanapi dan Faisal Halim, disebut-sebut sebagai aset berbahaya Harimau Malaya.
Peluang Safawi untuk membarisi kesebelasan utama agak terhad kebelakangan ini tetapi pemain berkaki kidal itu masih mendapat kepercayaaan dalam skuad 26 pemain yang diumumkan Kim Pan-gon.
Bagaimanapun, kelibat Safawi tetap tidak terlepas daripada perhatian pihak lawan menerusi 20 jaringan yang dikumpulnya di peringkat antarabangsa untuk berada dalam senarai ke-17 penjaring terbanyak kebangsaan dalam pusingan akhir kali ini.
Bintang India, Sunil Chhetri merupakan penjaring terbanyak untuk sebarang wakil negara menjelang kempen Piala Asia di Qatar kali ini menerusi 93 jaringan, manakala Faisal di tempat ke-23 dengan 14 gol.