Republik Korea boleh menjadi mimpi lebih ngeri buat skuad Malaysia, demikian bayangan amaran yang dilontarkan ketua jurulatih Taeguk Warriors, Jurgen Klinsmann.
Dalam sidang media pra-perlawanan sebentar tadi, Klinsmann percaya prestasi akan Korea terus meningkatkan di sebalik terpaksa bangkit untuk mengikat pendahulu, Jordan, 2-2 sebelum dijangka berdepan tugas paling mudah di Stadium Al Janoub malam esok.
"Ia Kumpulan yang sukar. Kami sudah bersedia dengan perlawanan sukar bertemu Malaysia. Kami sudah mengkaji permainan mereka sebagaimana ketika berdepan Jordan yang rumit.
"Kami tahu kami mampu bermain dengan lebih baik tetapi kami harus menghormati seteru terlebih dahulu," katanya.
Saingan Kumpulan E masih lagi terbuka antara tiga pasukan termasuk Bahrain yang menduduki tangga ketiga sementara peluang skuad negara di tangga tercorot sudah berkecai.
Tapi tiga mata dan perbezaan jaringan boleh menjadi penentu mereka untuk lolos ke pusingan 16.
"Kami tidak bercadang mengelak sesiapa. Kami fokus satu persatu perlawanan perlawanan.
"Kami perlu turun pendekatan tepat dan hormat pasukan lawan. Kami perlu kekalkan tempo tinggi.
"Selepas kekalahan kepada Jordan, Malaysia beraksi dengan lebih baik dalam perlawanan kedua.
"Siapa jua pencabar seterusnya tidak penting pada hari ini.
"Kami perlu buktikan bahawa kami berhak menang ke atas Malaysia. Tiada sebarang perlawanan mudah dalam Piala Asia. Semua pasukan sangat bagus, motivasi, berjuang dan beremosi.
"Kami mendapatkan pengajarannya ketika bertemu Jordan.
"Kami cuba mendapat rentak dalam kejohanan dan saya harap ia berjalan lancar," katanya. ," katanya.