Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Piala Asia: Republik Korea terlepas aib ketika bertemu Jordan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

son-heung-min_1.jpg
Jaringan penyamaan dalam masa kecederaan menyelamatkan Republik Korea daripada diaibkan Jordan dalam aksi kedua peringkat kumpulan Piala Asia, sebentar tadi.

Stadium Al-Thumama menjadi medan buat kedua-dua pasukan yang memperoleh dalam kemenangan, Republik Korea mengatasi Bahrain 3-1 sementara Jordan menang 4-0 ke atas Malaysia.

Korea terlebih dahulu langkah kanan apabila Son Heung-min membuka jaringan menerusi sepakan penalti pada minit kesembilan.

Bagaimanapun, Jordan tetap menghadirkan asakan menekan barisan pertahanan skuad kendalian Jurgen Klinsmann dan akhir mendapatkan jaringan pada minit ke-39 hasil jaringan sendiri Park Yong-woo.

Mereka terus menampilkan semangat luar biasa apabila terus menghadirkan serangan demi serangan sehingga mendapatkan gol kedua Yazan Al-Naimat menewaskan penjaga gol, Jo Hyeon-woo.

Korea menggandakan asakan dalam separuh masa kedua dalam usaha mendapatkan jaringan penyamaan terhasil dalam masa kecederaan apabila jaringan sendiri pemain Selangor, Yazan Al-Arab, apabila menahan masuk percubaan pemain Korea sekaligus menyaksikan mereka berkongsi mata apabila perlawanan berakhir 2-2. 
 

Advertisement

Must Watch Video