Ketua jurulatih Republik Korea, Jurgen Klinsmann, berkata dia sudah bersedia untuk menggalas tugas berat untuk membantu Taeguk Warriors menjulang Piala Asia 2023 bagi mengulangi kejayaan 1956 dan 1960.
Klinsmann tidak memandang perkara lain lagi dan hanya trofi paling berprestij benua ini di Qatar menjadi idamannya.
"Kami mempunyai sasaran tertinggi dan sekiranya kami tidak mencapainya maka ia berpunca daripada jurulatih -- tiada masalah.
"Saya percaya pasukan Korea mampu melakukannya kerana kami mempunyai kualiti tinggi dan ramai pemain yang beraksi dengan cukup baik.
"Kami mampu mencapainya. Ia memerlukan usaha yang tinggti dan memerlukan detik indah.
"Sudah semestinya kami mampu menjayakannya ," katanya.
Walaupun kurang digemari oleh penyokong tempatan berikutan dia kekal berpangkalan di California, Klinsmann menegaskan ia bukanlah mustahil memandangkan dia seorang jurulatih berkelas antarabangsa.
Bintang Tottenham Hotspur, Son Heung-min mengetuai skuad 26 pemain yang turut terdiri daripada tonggak pertahanan Bayern Munich, Kim Min-jae, Lee Kang-in (Paris Saint-Germain) dan Hwang Hee-chan ( Wolverhampton Wanderers).