Skip to main content

Bola Sepak

Piala Asia: Qatar diangkat penganjur terbaik

ghazy-elamry.jpg
Meskipun belum sampai ke kemuncak saingan, Qatar sudah dianggap sebagai hos terbaik dalam sejarah penganjuran Piala Asia.

Perkara itu diakui oleh pengulas Serie A Itali, Ghazy Elamry, berdasarkan pemerhatiannya sepanjang bertugas di kejohanan ini.

Menurutnya, Qatar telah meletakkan satu penanda aras yang tinggi untuk penganjuran seterusnya di Arab Saudi pada 2027.

"Ia menawarkan keseronokan kepada rakyat Palestin walaupun terjejas dalam segala aspek dalam kehidupan," katanya di Nadi Arena sebentar tadi. 




Ghazy juga merupakan koresponden Abu Dhabi Sports di Itali dan merupakan antara rakyat Palestin yang bertugas di sini.

Berdepan waktu sukar seperti pemain Palestin, beliau tetap memenuhi tuntutan kerja demi keluarga.

"Sudah lama Palestina ditindas oleh Israel.

"Kami masih berharap masa depan akan menjadi lebih baik dan dengan solidariti yang diterima dari seluruh pelusuk dunia, ia memberi kami harapan bahawa nasib kami akan menjadi lebih baik," katanya. 
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video