Harimau Malaya akan berdepan situasi 'hidup atau mati' malam ini apabila akan turun bertemu Bahrain dalam perlawanan kedua kumpulan E Piala Asia Qatar 2023.
Skuad kendalian Kim Pan-gon akan menghadapi cabaran getir bertemu pasukan Bahrain yang menduduki tangga ke-86 ranking dunia FIFA pada Sabtu, 20 Januari jam 10:30 malam (waktu Malaysia).
Lebih menarik, sokongan bukan sahaja diberikan oleh seluruh rakyat Malaysia, malah penyokong bola sepak Indonesia turut 'mendukung' Harimau Malaya untuk beraksi cemerlang agar dapat menewaskan Bahrain.
Tular di media sosial kini menampakkan aura positif dari jiran tetangga itu agar Malaysia mampu untuk mengutip mata dalam perlawanan kali ini.
Antara komen positif dan semangat yang diberikan termasuklah:
"Semoga Malaysia berjaya menewaskan Bahrain malam nanti, semangat saudaraku."
"Good luck tetangga."
"Ayo Malaysia bisa salam dari Garuda."
Jangan lupa untuk menyaksikan perlawanan ini di saluran Astro Arena 801 dan Astro Arena Bola 803 dengan pra perlawanan yang akan bermula jam 9:30 malam ini.