Skip to main content

Bola Sepak

Piala Asia: Penyokong di Qatar cuma harapkan Kim Pan-gon pertaruh DNA sebenar Harimau Malaya

penyokong-harimau-malaya.jpg
Penyokong Malaysia tetap bersemangat untuk hadir ke Stadium Jassim bin Hamad pada malam ini. 

Harimau Malaya berdepan ranjau dalam Piala Asia 2023 selepas memulakan kempen Kumpulan E kurang memberangsangkan. 

Namun, mereka sebulat suara menuntut taktikal yang lebih positif daripada Kim Pan-gon apabila berdepan Bahrain. 

"Setidaknya kita mempamerkan aksi yang memberangsangkan dan biar jadi penanda aras untuk kita menghadapi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia selepas ini," kata seorang peminat yang ditemui wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, di Qatar. 

"Kalau rasa tidak boleh boleh bermain secara terbuka, yang penting jangan bolos. Malaysia perlu dapatkan keyakinan terlebih dahulu. 

'"Selepas saya menyaksikan perlawanan pertama di stadium, pemain nampak gugup," kata seorang lagi peminat. 

Menurut Ekor Harimau yang lain: "Saya nak tengok Stuart Wilkin dan Brendan Gan dalam kesebelasan dan menggunakan empat pertahanan. "

"Main perlahan-lahan terlebih dahulu, tidak payah tergopoh-gopoh. Kita masih ada peluang untuk layak.

Persembahan separuh masa pertama ketika itu bukan DNA sebenar kita," ujar seorang peminat lagi. 

Advertisement

Must Watch Video