PIALA ASIA
Piala Asia: Pan-gon mungkin umum ketua pasukan petang ini
Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon, akan ditemani pertahanan, Matthew Davies, dalam sidang media petang ini sempena bertemu Jordan.
Setelah 13 hari menjalani persiapan di Qatar. Malaysia akan membuka kempen Kumpulan E menentang anak buah Hussein Ammouta di Stadium Al Janoub, awal pagi Selasa ini.
Namun, Pan-gon masih belum menamakan ketua pasukan untuk temasya kali ini tetapi dengan Matthew -- yang baru melangsungkan perkahwinan -- diberi amanat untuk berdepan sidang media kali, secara tidak langsung memberi bayangan dia berpeluang memakai lilitan berkenaan selepas Kaironnisam Sahabudin Hussain, Datuk Soh Chin Aun dan Datuk Mokhtar Dahari.
Iklan
Bagaimanapun, kita tunggu pengesahan daripanda Pan-gon sendiri dalam sidang media jam 4 petang ini.
Must-Watch Video