PIALA ASIA
Piala Asia: Korang rasa Faisal tengah sembang apa dengan Son Heung-min?
Harimau Malaya berjaya melakar kejutan apabila mengikat Republik Korea dengan keputusan 3-3 di Stadium Al-Janoub, malam tadi.
Pemain tengah, Jeong Woo-yeong membuka jaringan untuk Korea Selatan menerusi tandukannya pada minit ke-21 sebelum Malaysia mendahului selepas 17 minit babak kedua menerusi sepakan Mohamad Faisal Abdul Halim dan sepakan penalti yang disempurnakan Aiman Mohd Hanapi.
Bagaimanapun, Korea Selatan menyamakan kedudukan ketika permainan tinggal 10 minit masa permainan sebenar menerusi gol sendiri penjaga gawang Ahmad Syihan Hazmi Mohamed, sebelum mendahului 3-2 menerusi sepakan penalti Son pada masa tambahan.
Iklan
Malaysia sekali lagi berjaya mengikat jaringan apabila Romel Morales menyumbat masuk gol minit terakhir dalam masa kecederaan sekaligus memastikan mereka menamatkan saingan Piala Asia dengan satu mata.
Antara perkara yang menarik perhatian sepanjang perlawanan adalah ketika Faisal Halim sedang berkomunikasi dengan bintang Tottenham, Son Heung-min.
@woo_5959 카리스마 장난 없는 우리 캡틴... 경기 끝나고는 엄청 다정한 얼굴로 저 7번 선수 머리 쓰다듬어준 것까지 정말 완벽한 선수 #손흥민 ♬ 오리지널 사운드 - 매력덩어리 참우정
Korang rasa dorang tengah sembang apa tu?
Must-Watch Video