Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon, mengharapkan semua pihak positif terhadap skuad negara di pentas Piala Asia biarpun gagal untuk mara ke pusingan 16.
Menurutnya, pemain sudah melakukan yang terbaik dalam kejohanan tertinggi Asia itu selain tetap fokus untuk menghadapi aksi terakhir bertemu Korea Selatan pada Khamis ini.
"Saya menghargai apa yang pemain telah tunjukkan. Mereka telah berikan semampu yang boleh.
"Saya rasa ini adalah di mana kita berada. Kita harus menerima keadaan ini.
"Kita juga perlu positif kerana kita tetap ada satu lagi perlawanan (menentang Korea Selatan). Sebagai jurulatih, memang sukar menerima keadaan ini tetapi kita perlu akur," katanya.
Harimau Malaya tidak berjaya mara ke pusingan 16 selepas tewas dua perlawanan Kumpulan E kepada Jordan (0-4) dan Bahrain (0-1).
Untuk rekod, Malaysia menamatkan penantian mara secara merit ke Piala Asia selepas 43 tahun dengan kali terakhir pada 1980 dan hanya layak beraksi atas tiket sebagai tuan rumah pada 2007.
-- Sinar Harian