Bahang kian terasa buat Malaysia menyaksikan kurang beberapa jam sahaja lagi sebelum aksi pertama Harimau Malaya di Doha, Qatar dalam kempen Piala Asia 2023 berdepan Jordan di Stadium Al Janoub.
Pastinya ramai yang sudah tidak sabar untuk menyaksikan perlawanan ini walaupun ia bakal berlangsung seawal 1.30 pagi waktu Malaysia. Menurut satu ciapan di laman X wartawan Zulhelmi Zainal Azam, laungan ekor Harimau Malaya sudah pun berkumandang di bumi Qatar sehari sebelum perlawanan.
Ini sedikit sebanyak memberi gambaran betapa besar semangat yang dibawa dari Malaysia untuk melihat anak buah Kim Pan-gon bersinar di pentas Asia, sekali gus memberi peluang kepada seluruh rakyat Malaysia untuk bergandingan bahu dalam memberi sokongan padu tidak kira di mana jua anda berada.
Oleh itu, marilah kita bersama sama menghidupkan kempen pakai baju kuning atas tanda sokongan anda pada skuad Harimau Malaya.
Selain itu, anda juga dialu-alukan untuk ke tayangan skrin besar bagi menghidupkan lagi ‘vibe’ stadium yang akan diadakan di 16 lokasi seluruh negara bagi semua perlawanan melibatkan pasukan Malaysia.
Jom semua Ekor Harimau Malaya turun padang, pakai baju kuning atau jersi Malaysia dan sama sama kita beri sokongan penuh untuk kejayaan Malaysia. Ayuh Harimau Malaya!

Hari perlawanan, hari kita bersatu untuk Malaysia.
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) January 15, 2024
Kempen #PialaAsia2023 bakal kita buka secara rasmi, langsung di Astro Arena, saluran 801.
Jika ada satu cebis harapan, kami hunuskan seribu kepercayaan buat-mu, sang pejuang kami! ??#AsianCup2023 #HarimauMalaya pic.twitter.com/jNLM5yP45g
Pastinya ramai yang sudah tidak sabar untuk menyaksikan perlawanan ini walaupun ia bakal berlangsung seawal 1.30 pagi waktu Malaysia. Menurut satu ciapan di laman X wartawan Zulhelmi Zainal Azam, laungan ekor Harimau Malaya sudah pun berkumandang di bumi Qatar sehari sebelum perlawanan.
Harimau Malaya, kami selalu ada! Pesta penyokong di Souq Wakif sehari sebelum perlawanan Malaysia vs Jordan. ?????@ASTROARENA pic.twitter.com/OlS2Zh5lxO
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) January 14, 2024