Juara 2015, Australia mengekalkan permulaan sempurna kempen Piala Asia Qatar 2023 selepas menjinakkan Syria, 1-0 dalam perlawanan Kumpulan B semalam.
Jaringan Jackson Irvine minit ke-59 itu membolehkan Australia meraih kemenangan kedua selepas menewaskan India, 2-0 di Stadium Ahmed bin Ali 13 Januari lalu.
Kemenangan itu menyaksikan Australia mengekalkan penguasaan kedudukan teratas kumpulan dengan enam mata dengan baki satu perlawanan.
<iframe src="https://www.facebook.com/plugins/post.php?href=https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2FAFCAsianCup%2Fposts%2Fpfbid0zzCTZjtvSSqozJppbNeZcF8Dg5bPyJ2PCYoPc5fG9gvExhatSPiqYVH7AMU2aW7wl&show_text=true&width=500" width="500" height="641" style="border:none;overflow:hidden" scrolling="no" frameborder="0" allowfullscreen="true" allow="autoplay; clipboard-write; encrypted-media; picture-in-picture; web-share"></iframe>
Dalam perlawanan itu, Stadium Jassim Bin Hamad dibanjiri 10,097 penyokong yang majoriti para penyokong gergasi Timur Tengah tersebut ternyata dihiburkan persembahan menarik kedua-dua pasukan.
Digemuruh para penyokong mereka, pasukan Timur Tengah itu memulakan permainan dengan hampir di depan menerusi Pablo Sabbag, namun percubaan terkena tiang pada minit kelima.
Bagaimanapun, gema penyokong Syria disenyapkan Irvine yang bertindak bijak memanfaatkan peluang untuk menewaskan penjaga gol, Ahmad Madanieh.
Australia akan melengkapkan saingan kumpulan berdepan Uzbekistan di Stadium Al Janoub manakala Syria berdepan India di Stadium:Al Bayt pada 23 Januari depan.-Sinar Harian