Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Piala Asia: Jordan simpan kuku rela diratah Jepun?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jordan-keeper.jpg
JEPUN 6 JORDAN 1 

Jordan dibelasah Jepun 1-6 dalam perlawanan pemanas terakhir sebentar tadi sebagai persiapan  terakhir menghadapi Piala Asia 2023. 


Menurut laporan vavel.com, Jepun selaku tuan rumah-- mengadakan perlawanan itu secara tertutup di Stadium Al Ersal -- secara tidak langsung memberi amaran kepada pencabar mereka di Qatar apabila mempamerkan kelas tersendiri menerusi jaringan pembukaan pada minit ke-14 dan berlanjutan kepada 4-0 menuju bilik persalinan, dan menutup perlawanan berkenaan dengan jaringan keenam pada minit ke-85. 

Bintang Jordan, Rajaei Ayed, turut diturunkan untuk menjana bahagian tengah tetapi sukar berbuat apa-apa gerakan tatkala Jepun terus mendominasi permainan.

Ia merupakan ujian terakhir anak buah Hussein Ammouta itu sebelum berdepan Malaysia dalam Kumpulan E di Stadium Al Janoub, Selasa depan. 


 

Advertisement

Must Watch Video