Sejarah baru bakal tercipta sekali lagi buat pasukan Jordan jika mereka berjaya menundukkan Korea Selatan dalam perlawnan separuh akhir yang bakal berlangsung pada Selasa selepas merekodkan kejayaan berharga layak ke separuh akhir Piala Asia buat pertama kali.
Pertemuan antara kedua pasukan ini pastinya bakal menjadi tumpuan seluruh peminat bola sepak dunia kerana Jordan merupakan pasukan yang mempunyai ranking terendah sekali antara 4 pasukan yang mara ke separuh akhir berbanding Kores Selatan, selaku ‘fan favorite’.
Jadi di atas kertas sudah pasti Oppa Son and the gang yang dijangka akan mendominasi perlawanan ini. Bagaimanapun, jika dilihat kepada prestasi yang ditonjolkan anak buah Hussein Almouta sepanjang kempen Piala Asia berlangsung, mereka mampu untuk cipta kejutan selepas mengikat Korea Selatan 2-2 dalam saingan kumpulan dan perjalanan mereka ke separuh akhir kalini dilihat sangat lancar buat pasukan yang belum pernah menjulang trofi Piala Asia.
Taeguk Warriors pula lebih berpengalaman dalam hal ini kerana sudah dua kali menjadi juara, kali terkahir pada tahun 1960 sekaligus menerima tekanan tinggi di negara mereka untuk menamatkan kemarau itu.
Selain itu, dalam beberapa perlawanan sebelum ini mereka terpaksa bekerja keras di hujung tanduk dengan menagih magis dan sentuhan Son Heung Min untuk membawa pasukan mara hingga ke separuh akhir. Ketiadaan pemain Bayern Munich, Kim Min Jae di separuh akhir akibat digantung juga bakal beri kelebihan buat Jordan.
Jadi siapa pilihan anda? Jordan atau Korea? Sejujurnya saya yakin yang Korea akan mencuri slot ke perlawanan akhir tetapi di sudut hati yang dalam, saya ingin melihat pasukan ‘underdog’ buat kejutan kerana ini bakal beri satu harapan atau nafas baru kepada dinamik di final Piala Asia. Ia juga akan memberi bukti bahawan pasukan yang sebelum ini mungkin tidak dipandang tinggi boleh melakar kejayaan di pentas setinggi ini dan memberikan inspirasi buat pasukan seperti Malaysia untuk bangkit dan merasakan sendiri apa yang dirasakan Jordan pada ketika ini.

FT | ?? Jordan 2️⃣-2️⃣ Korea Republic ??
— #AsianCup2023 (@afcasiancup) January 20, 2024
? The points are shared after a thrilling encounter in Group E!#AsianCup2023 | #HayyaAsia | #JORvKOR pic.twitter.com/UuMed9ZPQa
Taeguk Warriors pula lebih berpengalaman dalam hal ini kerana sudah dua kali menjadi juara, kali terkahir pada tahun 1960 sekaligus menerima tekanan tinggi di negara mereka untuk menamatkan kemarau itu.
Son Heung-min waves his magic wand, and the crowd goes wild! ?#AsianCup2023 | #HayyaAsia | #AUSvKOR pic.twitter.com/9HQQ3SWReY
— #AsianCup2023 (@afcasiancup) February 2, 2024
Selain itu, dalam beberapa perlawanan sebelum ini mereka terpaksa bekerja keras di hujung tanduk dengan menagih magis dan sentuhan Son Heung Min untuk membawa pasukan mara hingga ke separuh akhir. Ketiadaan pemain Bayern Munich, Kim Min Jae di separuh akhir akibat digantung juga bakal beri kelebihan buat Jordan.
Jangan lupa saksikan Separuh Akhir Piala Asia antara Jordan vs Korea Selatan secara langsung 803 & AstroGo ! pic.twitter.com/ggl4BALCIJ
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) February 4, 2024