PIALA ASIA
Piala Asia: Jordan, Qatar sama hebat, tapi takdir dan usaha akan tentukan
Walaupun gagal secara total di Piala Dunia 2022, keberhasilan masuk ke final Piala Asia pada dua edisi berturut-turut membuktikan kemunculan Qatar sebagai kekuatan baru sepak bola Asia. Untuk mencapai final kedua, Qatar mendapat tentangan hebat dari Iran dengan keptusan yang berakhir dengan 3-2.
Jordan, Qatar sama hebat, tapi takdir dan usaha akan menentukannya kali ini.
Sejak Piala Asia pertama kali diwujudkan pada 1956, Qatar dikenai sebagai negara yang tidak memiliki tradisi bola sepak yang kuat. Pada mulanya saingan bola sepak Asia dikuasai oleh Korea Selatan, Iran, dan Arab Saudi. Kemudian, barulah muncul skuad Jepun muncul sebagai pasukan yang kuat untuk menjuarai Piala Asia 1992.
Iklan
Kebangkitan bola sepak Jepun turut dipengaruhi oleh kualiti yang dijana oleh mereka melalui liga domestik pada era 1990-an dan hingga saat ini, Jepun telah mengumpul empat gelaran Piala Asia sekaligus diangkat sebagai ”Raja Asia”.
Pada satu ketika, tidak pernag terfikirt bahawa Qatar bakal muncul sebagai penggugat dominasi negara-negara kuat Asia yang telah lebih dulu memenangi Piala Asia. Qatar mencuri perhatian umum apabila menjuarai Piala Asia 2019 di Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Qatar kini berpotensi meletakkan diri mereka setanding dengan Korea Selatan dan Iran. Kejayaan menyingkirkan Iran di semifinal membuatkan peluang itu semakin terbuka luas.
Untuk mengukir sejarah baru ini, Qatar perlu mengatasi perlawanan dengan Jordan di final nanti. Hal ini nampak mudah untuk dilaksanakan kerana Qatar dijangka turun dengan semangat dan motivasi terbaik bila mana perlawanan kali ini lebih berpihak kepada mereka kerana bermain di hadapan poenyokong sendiri.
”Motivasi dalam pasukan kami kuat. Kami telah meraih gelaran juara pada edisi sebelumnya dan kami ingin mengulangi kejayaan itu lagi,” kata bek Qatar, Tarek Salman.
Kemunculan Qatar sebagai kuasa baru baru sepak bola Asia adalah berkaitan dengan peranan akademi-akademi di sana yang mana salah satunya dari satu akademi yang terbesar bernama Aspire Academy.
Selain itu, keseriusan pemerintah Qatar membangunkan sukan bola sepak turut meningkatkan kualiti pasukan dan prestasi pasukan. Pada 2010, Qatar masih tercicir di ranking ke-130 FIFA. Berkat komitmen dalam meningkatkan mutu bola sepak mereka, Qatar kini telah naik ke ranking ke-58 FIFA.
Perlawanan akhir antara Qatar dan Jordan adalah suatu perlawanan yang ditunggu-tunggu sebab masing-masing punya alasan dan sejarah tersendiri untuk diciptkan.
Siapa bakal juara Piala Asia 2023? Sama-sama kita nantikan.
Must-Watch Video