Jordan pasukan terawal Kumpulan E meneruskan perjalanannya ke pusingan suku akhir selepas berjaya bangkit dari ketinggalan menewaskan Juara Piala Asia 2007, Iraq 3-2 dalam aksi Pusingan 16 Piala Asia di Stadium Antarabangsa Khalifa, Qatar malam tadi.
Jaringan masa kecederaan daripada Yazan Al-Arab dan Nizar Al-Rashdan menyelamatkan Jordan selepas Iraq yang mendahului 2-1 waktu itu, terpaksa bermain dengan 10 pemain susulan Aymen Hussein dilayangkan kad merah ketika meraikan gol kedua mereka.
Dengan kelebihan seorang pemain, Yazan Al-Arab berjaya menyamakan kedudukan pada minit keenam masa tambahan menerusi bola lantunan selepas penjaga gol Iraq, Jalal Hassan menyelamatkan percubaan awal Mousa Tamari.
Walau bagaimanapun, disangkakan perlawanan akan berlanjutan ke 30 minit tambahan, namun seminit selepas jaringan penyamaan Jordan dilakukan, Nizar Al-Rashdan menyudahkan rembatan cantik dari luar kawasan penalti membawa Jordan mara ke suku akhir.
Jordan bakal bertemu Tajikistan di Stadium Ahmad bin Ali pada Jumaat ini.