MALAYSIA 0 JORDAN 4
Jordan memberi gambaran sebenar kepada tahap bola sepak negara apabila mudah mencipta kemenangan 4-0 dalam pertembungan Piala Asia, sebentar tadi.
Keputusan itu meletakkan Jordan di tangga teratas Kumpulan E -- di depan Republik Korea -- selepas aksi di Stadium Al Janoub itu, secara tidak langsung meletakkan Malaysia dalam situasi sukar untuk meneruskan kemaraan.
Jordan memberikan igauan ngeri kepada anak buah Kim Pan-gon dalam separuh masa pertama apabila mencetak tiga gol pantas dalam separuh pertama menerusi penyudah Mahmoud Al-Mardi pada minit ke-12 dan 32' sementara Musa Al-Taamari pada minit ke-18.
Malaysia beraksi lebih baik selepas kemasukan pemain seperti Shahrul Saad, Mohamadou Sumareh, Paulo Josue, Akhyar Rashid dan Safawi Rasid dalam babak kedua.
Harimau Malaya dapat mengatur gerakan menarik tetapi belum cukup untuk menembusi pertahanan ampuh Jordan yang turut di bantu bahagian tengah yang pantas memberi tekanan.
Apa pun, sepakan lintang membuatkan penyerang negara bergelut untuk menerima umpanan di dalam kotak penalti.
Paulo Josue dan Safawi juga memiliki kesempatan terbaiknya tetapi sepakannya tepat ke arah penjaga gol.
Sebaliknya, Musa Al-Taamari mengukuhkan reputasinya sebagai penyerang di Montpellier apabila membuat larian dari tengah untuk melepasi perangkap ofsaid untuk melepaskan sungkitan yang memperdayakan Syihan Hazmi.