Skip to main content

Bola Sepak

Piala Asia: Jepun kekal reputasi calon juara mudah atasi Bahrain

jepun-piala-asia.jpg
BAHRAIN 1 JEPUN 3

Jepun mengekalkan reputasi sebagai calon juara apabila mengatasi Bahrain 3-1 dalam aksi pusingan 16 Piala Asia Qatar 2023 di Stadim Al-Thumama, Doha malam tadi.

Pasukan nombor satu Asia itu, yang dalam pemburuan gelaran kelima kejohanan berkenaan, layak ke suku akhir dengan cukup bergaya, sekali gus memberikan gambaran bahawa mereka sudah bangkit daripada kekalahan 1-2 kepada Iraq di peringkat kumpulan.

Samurai Biru berada di depan pada minit ke-31 apabila percubaan jarak jauh Seiya Maikuma terkena tiang sebelum disudahkan Ritsu Doan.

Takefusa Kubo kemudian menggandakan kelebihan itu pada minit keempat babak kedua menerusi penyudah jarak dekatnya tetapi Ayase Ueda terjaring gol ke gawang sendiri pada minit ke-64 dan mengurangkan kelebihan berkenaan.

Bagaimanapun, Ueda menebus kesilapannya itu dengan menjaringkan gol ketiga Jepun pada minit ke-72, sekali gus memastikan kemaraan pasukannya ke suku akhir.

Jepun seterusnya akan bertemu satu lagi pasukan gergasi Asia, Iran, bagi penentuan ke separuh akhir pada Sabtu ini.



 

Advertisement

Must Watch Video