Kehangatan Piala Asia Qatar 2023 kian memuncak menjelang upacara pembukaan acara sukan terbesar Asia itu di Stadium Lusail malam ini.
Selepas 17 tahun, Malaysia akan kembali beraksi ke pentas berkenaan, di mana Harimau Malaya akan memulakan kempen Kumpulan E dengan menentang Jordan awal pagi Selasa ini sebelum bertemu Bahrain (20 Januari) dan Korea Selatan (25 Januari).
Ikuti siaran langsung upacara pembukan Piala Asia 2023 di Astro Arena saluran 801 pada jam 10.30 malam ini dan 'live streaming di aplikasi Astro Go.
Kami himpunkan segala berita kejohanan bola sepak terbesar di rantau Asia ini, khususnya membabitkan Harimau Malaya, termasuk video, jadual perlawanan dan kedudukan peringkat kumpulan di sini.
Muzaffar Musa
Fri Jan 12 2024