Skip to main content

Bola Sepak

Piala Asia: Indonesia yakin benam Vietnam

afcjordisty.png
Malam ini akan menjadi satu malam yang hangat terutamanya bagi peminat dan penyokong bola sepak Indonesia dan Vietnam apabila kedua-dua pasukan itu akan berentap di pentas tertinggi Asia.

Perlawanan yang dijadualkan pada Jumaat, 19 Januari pukul 10:30 malam (waktu Malaysia) itu pastinya memberikan keterujaan bukan sahaja bagi penyokong kedua-dua pasukan, namun bagi pemerhati bola sepak ASEAN untuk memperlihatkan kualiti bola sepak negara di rantau Asia Tenggara.

Susulan itu, pengendali skuad Garuda, Shin Tae-yong dengan lantang menyuarakan ketersediaan pasukannya pada perlawanan ini dengan mempersiap formula untuk menghadapi ancaman Vietnam.

"Kami kerap bertemu pasukan Vietnam. Bukan hanya di Piala Asia tetapi juga di pentas Kelayakan Piala Dunia 2026. Kini di Piala Asia, Indonesia dan Vietnam kedua-duanya tewas di perlawanan pertama. Jadi, perlawanan esok kami tiada pilihan selain menang" ujar Shin Tae-yong.

Selain itu, pertahanan kental Indonesia yang bermain untuk pasukan Johor Darul Ta'zim, Jordi Amat memberitahu dia optimis bahawa pasukannya mampu meraih 3 mata penuh bertemu Vietnam malam ini.

"Perlawanan menentang Vietnam esok akan menjadi sangat penting bagi pasukan kebangsaan Indonesia. Kami sedar akan itu, bahawa betapa pentingnya kejohanan ini buat negara, penyokong, para pemain, pegawai, dan semuanya" kata Jordi Amat

"Kedua-dua pasukan ingin menang. Jadi kami akan berusaha dan bekerja keras untuk memberikan persembahan terbaik untuk perlawanan esok" tambahnya.

Selepas perlawanan pertama, Indonesia kini menduduki tangga terakhir Kumpulan D selepas tewas 1-3 di tangan Iraq manakala Vietnam di tempat ketiga selepas akur dengan kekalahan menentang Jepun 2-4.
 

Advertisement

Must Watch Video