Skip to main content

Bola Sepak

Piala Asia: Impian Harimau Malaya tamat 'badi' ke atas Bahrain

jpgtopngconverter-com-(3).jpg
Sebelum perlawanan pertama kumpulan E, pasukan Bahrain bakal jadikan Australia sebagai medan persiapan terakhir sebelum mulakan kempen Piala Asia 2023.

Skuad yang dibawa Juan Antonio Pizzi itu sudah pun berada di Doha sejak semalam untuk mulakan kem latihan terakhir sebelum menentang Korea Selatan (15 Januari), Malaysia (20 Januari) dan Jordan (25 Januari).

Mengikut rekod semasa, skuad Harimau Malaya tidak pernah menang ke atas Bahrain dalam mana-mana perlawanan antarabangsa.

Rekod terbaik Malaysia menentang mereka adalah keputusan seri pada 2007 dan 2013.

Dalam perlawanan terakhir dengan Bahrain, Harimau Malaya hadapi kekalahan 2-1 (2022) di laman sendiri.




Persoalannya, mampukah skuad Kim Pan Gon akhiri 'badi' kemenangan ke atas Bahrain 20 januari nanti? Sama-sama kita nantikan.

Kepada anda semua, jangan lupa untuk saksikan kesemua 51 perlawanan Piala Asia 2023 hanya di Astro.
 

Advertisement

Must Watch Video