Skip to main content

Bola Sepak

Piala Asia: Harimau Malaya tekad tidak pulang tangan kosong

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hamidin-kim-pan-gon.jpg
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, menyeru Harimau Malaya agar mengaum di Qatar apabila membuka tirai Piala Asia 2023, awal pagi Isnin. 

Skuad kendalian Kim Pan-gon mencipta sensasi menerusi kelayakan secara merit ke pusingan akhir di Doha itu selepas 40 tetapi itu tidak bermakna skuad kebangsaan berasa kerdil di pentas berkenaan. 

Hamidin menganggap dua perlawanan awal sebagai kayu pengukur kekuatan bola sepak negara sebelum bertemu salah satu pasukan pilihan, Republik Korea, dalam perlawanan terakhir Kumpulan E. 

"Kami perlu bersaing dengan Jordan dan Bahrain. 

"Ini medan ujian sama ada kami di landasan betul dan kami perlu konsisten di sini. 

 

"Kalau kami dah masuk selepas 40 tahun, sekurangnya kami nak buat mata. 

"Harapan kami tinggi kalau dapat melangkah ke pusingan 16 merupakan satu bonus. 

"Yang penting kalau boleh jangan balik dengan mata kosong untuk Malaysia," katanya ketika ditemu bual wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, awal pagi tadi. 



 

Advertisement

Must Watch Video