"Atas kertas sudah tentu kita kalah, tapi kita tidak mahu kalah."
Pemain sayap lincah negara, Faisal Halim, tetap mengisytiharkan perang ke atas Republik Korea walaupun pertemuan kedua-dua pasukan Khamis ini merupakan aksi pelengkap jadual buat Harimau Malaya.
Tonggak Selangor itu menegaskan bahawa dia dan rakan sepasukan tidak rela pulang ke tanah air dengan menanggung aib daripada pertemuan Taeguk Warriors selaku pasukan Piala Dunia.
"Kami saling berpesan bahawa apa pun yang terjadi, kami perlu berikan yang terbaik.
"Kami tidak mahu balik dengan jumlah bolos yang banyak.
"Kami perlu melipatgandakan usaha kerana kami akan lawan pasukan bertaraf Piala Dunia.
"Peluang untuk menang memang sukar. Di atas kertas memang kami akan kalah tapi sebagai pemain, kami tidak kalah. Apabila anak membuat panggilan, saya pun tidak tahu nak jawab macam mana.
"Sebagai pemain, saya pun terkesan dengan kekalahan," katanya dalam perkongsian lanjut bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.