PIALA ASIA
Piala Asia: Harimau Malaya serlah potensi sebenar jumpa Republik Korea
REP. KOREA 3 MALAYSIA 3
Dua misi di Stadium Al-Janoub berjaya direalisasikan oleh Harimau Malaya ketika mengikat Republik Korea 3-3, sebentar tadi.
Malaysia akhirnya memecah kebuntuan jaringan dalam kempen Piala Asia 2023 di Qatar menerusi sentuhan penyudah Faisal Halim dan Arif Aiman Hanapi dan Republik Korea hampir mengecewakan skuad negara pada detik-detik akhir permainan sebelum ledakan Romel Morales menggamatkan penyokong negara.
Iklan
Ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon, membuat rombakan di bahagian tengah dengan menurunkan Brendan Gan buat pertama kalinya dalam pusingan akhir ini dan percaturan itu memberi kestabilan untuk skuad negara yang diasak sepanjang separuh masa pertama untuk ketinggalan 0-1.
Begitupun, Harimau Malaya lebih berani untuk keluar menghadirkan ancaman yang menyaksikan Faisal menggegar pintu gol juara dua kali tersebut.
Faisal tenang mengawal situasi ketika mengelirukan kawalan tiga pemain lawan di depan pintu gol sebelum melepaskan rembatan untuk kedudukan 1-1 pada minit ke-51.
Giliran Malaysia pula di depan apabila Arif Aiman menyempurnakan sepakan penalti 10 minit kemudian.
Malaysia juga hampir menokok jaringan
Namun, beberapa pertukaran pemain hampir memerangkap Pan-gon apabila Korea memanfaatkan dua situasi bola mati untuk kedudukan 3-2 -- sepakan percuma dan sepakan penalti.
Apa pun, dua gandingan naturalisasi, Paulo Josue dan Morales, yang masuk sebagai pemain gantian menjadi arkitek kepada gol ketiga negara, sekali gus memastikan mata sulung dalam kempen kali ini.
Sorotan perlawanan: Malaysia 3-3 Korea
Must-Watch Video