Skip to main content

Bola Sepak

Piala Asia: Harimau Malaya mula jalani persiapan istimewa di Qatar University

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kim-pan-gon.jpg
Selepas hampir setengah hari tiba di Doha, skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon turun menjalani latihan petama di Qatar University, malam tadi.

Ia merupakan gelanggang serupa yang pernah digunakan oleh Argentina, Sepanyol dan Belanda dalam Piala Dunia 2022.

Fasa di sini cukup penting buat anak buah Pan-gon sekiranya mereka ingin menterjemahkan hasil penat lelah persiapan mereka dalam kempen Piala Asia di Doha ini. 

Jordan menjadi cabaran pertama Harimau Malaya di Stadium Al Janoub-- yang mempunyai tekad tidak hadir sekadar pelengkap jadual -- dalam Kumpulan E pada 15 Januari ini. 

 

Advertisement

Must Watch Video