Kemenangan menakjubkan buat pasukan Palestin selepas menundukkan Hong Kong 3-0 dalam perlawanan penentuan empat pasukan tempat ketiga terbaik bagi saingan Piala Asia yang berlangsung di Stadium Abdullah bin Khalifa malam tadi.
Palestin yang berada dalam kumpulan C membuka tirai kempen dengan kekalahan 1-4 kepada Iran dan seterusnya bangkit menunjukkan kualiti dan kemampuan sebenar mereka dengan mengikat 1-1 Emiriyah Arab Bersatu pada perlawanan kedua sebelum kemenangan 3-0 ke atas Hong Kong.
Ketua jurulatih Palestin, Makram Daboub memuji kehebatan pemainnya dalam mempamerkan aksi terbaik yang menempatkan mereka ke pusingan kalah mati.
"Tahniah kepada rakyat Palestin kerana layak ke pusingan seterusnya. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pemain saya, mereka adalah wira terhebat hari ini.
"Saya menghargai dedikasi yang diberikan oleh semua yang terlibat termasuk kakitangan dan barisan kejurulatihan atas sokongan berterusan mereka.
"Bermain di peringkat kalah mati nanti semestinya akan berbeza dan diharapkan kami akan dapat kekalkan prestasi seperti ini," kata Daboub.
Walaupun negaranya berdepan pergolakan yang tiada penghujung dan tiada persiapan serta fasiliti terbaik disediakan bagi menghadapi saingan Piala Asia ini, semangat perjuangan kekal membara dalam diri setiap pemain.
Apa kurangnya pasukan yang dilengkapi fasiliti terbaik dan persiapan yang rapi, namun tidak mampu untuk berikan aksi terbaik melepasi ke peringkat seterusnya seperti negara-negara arab yang bergolak.