Skip to main content

Bola Sepak

Piala Asia: Hai-O optimis Malaysia mampu lepasi peringkat kumpulan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

harimau-malaya.jpg
Laungan keyakinan terhadap Harimau Malaya mencipta sejarah tersendiri di Qatar terus bergema dan terbaru ia disuarakan bekas penyerang skuad negara di Piala Asia 2007, Hairuddin Omar.

Bekas pemain yang turut disapa Hai-O berasakan skuad kendalian Kim Pan-gon mempunyai kemampuan untuk memulakan kempen dengan langkah kanan.

Hairuddin yang akan ke Qatar untuk mengikuti perkembangan skuad negara, mengekori rapat perkembangan pemain negara yang sudah menunjukkan kesefahaman positif terhadap taktikal yang diterapkan Pan-gon.

Dua pemain yang harus berada di tahap terbaik -- Arif Aiman Hanapi serta Faisal Halim -- jika mahu melihat aspirasi ke pusingan kalah mati direalisasikan.

Pandangan Hai-o itu berteraskan impak yang disumbangkan dua pemain sayap itu sejak Pan-gon mengambil alih barisan kejurulatihan negara.

Advertisement

Must Watch Video