Gandingan di atas padang menentukan kekuatan pasukan, pertahanan negara, Shahrul Saad beranggapan gandingan antara pemain terutama di bahagian pertahanan perlu dibina sebaiknya apabila beraksi di pentas terbaik Asia.
Dalam satu temu bual eksklusif bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam di Qatar, Shahrul yang juga mesra disapa 'Badak' dalam kalangan rakan sepasukannya menyatakan gandingan terbaik adalah diantara pemain berpengalaman dengan pemain muda.
"Kita pun ada ramai lagi pemain yang berkualiti tapi bila dah lama bermain, kita tahu di mana kekuatan kita dan boleh seimbangkan dalam padang.
"Bukan sahaja cara permainan tapi semangat yang boleh ditunjukkan dan cara pendekatannya ketika beraksi.
"Menjadi seorang pertahanan bukan perkara yang mudah, jika keputusan tidak memberangsangkan, barisan pertahanan adalah antara yang pertama orang akan hentam," kongsi Shahrul.
Shahrul juga merasakan beraksi di stadium bertaraf Piala Dunia adalah satu penghargaan buat dirinya.
Dia juga meletakkan sasaran untuk berikan tentangan dan tekanan yang lebih ketika bertemu Korea pada perlawanan terakhir Piala Asia esok.
Skuad Harimau Malaya bakal bertemu pasukan Korea dalam misi terakhir menamatkan kempen Piala Asia esok.