Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Piala Asia: Festival Lusail Boulevard meriah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lusail-festival.jpg

Demam Piala Asia 2023 dikongsi bersama oleh seluruh rakyat di rantau ini menerusi festival yang diadakan di Lusail Boulevard.

Ia membabitkan 24 negara bertanding, Malaysia antara negara tumpuan menerusi keunikan persembahan di festival berkenaan.

Selepas Piala Dunia, Lusail Boulevard kembali menjadi venue tumpuan dan kali ini sempena Piala Asia Edisi Ke-18.

Ia menyaksikan berlangsungnya festival yang memaparkan budaya, makanan dan pakaian tradisonal 24 negara bertanding.

Selain acara perarakan, festival yang dinamakan Hello Asia ini turut diserikan dengan persembahan tarian dan nyanyian. Malah, setiap hari sekitar jam 10 malam, percikan bunga api menghiasi malam di Lusail Boulevard. 

"Makanan dan budaya yang berbeza,"  kata seorang wanita Jordan.

Menurut penyokong dari Palestin pula: "Festival ini sangat menarik, ramai pengunjung berbeza di sini.

"Saya cadangkan penyokong negara lain juga datang sini," katanya. 

Lusail Boulevard terletak berhampiran dengan venue ikonik Stadium Lusail dan ia berlangsung dari 10 Januari hingga 10 Februari.

Untuk rekod, ini merupakan kali ketiga Qatar menjadi tuan rumah Piala Asia selepas edisi 1988 dan 2011.



 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video