Kehangatan Piala Asia kian dirasai menjelang perlawanan pertama skuad kebangsaan menentang Jordan di Stadium Al-Janoub awal pagi esok.
Apa yang pasti, Harimau Malaya tidak akan berseorangan di Qatar, di mana penyokong setia skuad kebangsaan kini sudah tiba di negara penganjur berkenaan.
Menerusi perkongsian terbaru wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, yang kini berada di Doha untuk membuat liputan kejohanan terbesar rantau Asia itu, 'ekor' Harimau Malaya sudahpun memulakan pesta penyokong di Souq Waqif lewat malam tadi.
Video:

Harimau Malaya, kami selalu ada! Pesta penyokong di Souq Wakif sehari sebelum perlawanan Malaysia vs Jordan. ?????@ASTROARENA pic.twitter.com/OlS2Zh5lxO
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) January 14, 2024