PIALA ASIA
Piala Asia: Bahrain waspada kebangkitan Harimau Malaya
Tiga mata menjadi taruhan getir buat Malaysia dan Bahrain dalam perlawanan Kumpulan E, Piala Asia 2023 selepas gagal masing-masing langkah sumbang dalam aksi pertama.
Dalam sidang media sempena pertembungan di Stadium Jasim Bin Hamad, Qatar, malam esok, pemain sayap Bahrain, Ali Madan, mengakui pasukan di ranking ke-86 itu mahu menghidupkan peluang ke pusingan 16 selepas tumpas 1-3 kepada Republik Korea, Isnin lalu.
"Kami lebih fokus untuk mencapai kemenangan biarpun 0-1 berbanding jaringan.
Iklan
"Selepas menganalisa pasukan Malaysia selain dan berdasarkan perlawanan yang pernah kami menangi sebelum ini, kami sedar Malaysia ada pemain yang sangat bagus, sangat pantas.
"Malaysia pasti belajar sesuatu ketika bertemu Jordan apabila 10 minit pertama menjejaskan keputusan mereka," katanya.
Must-Watch Video