Skip to main content

Bola Sepak

Piala Asia B23: Skuad muda negara letak sasaran ke separuh akhir

u23-asian-cup.jpg
Berakhir cabaran skuad senior, kini giliran 'adik' berpeluang cipta sensasi apabila skuad B23 negara akan berentap dalam Piala Asia B23 di Qatar, kurang tiga bulan sahaja lagi.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah ada perancangan rapi terhadap skuad bimbingan Juan Torres Garrido, menerusi persiapan awal di Doha, Qatar untuk misi layak ke Sukan Olimpik Paris 2023.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, menegaskan badan induk itu berusaha keras menyediakan pasukan termasuk menghantar skuad muda negara mengharungi beberapa aksi persahabatan berkualiti di luar negara.

Ia bagi memastikan harapan ke Paris mampu dicapai menerusi kemaraan ke peringkat separuh akhir Piala Asia B23 yang akan berlangsung di Doha, Qatar dari 15 April hingga 3 Mei depan.

Hasrat ke separuh akhir bukan saja menempatkan pasukan selaku empat pasukan terbaik, malah berpeluang merebut tiket ke Sukan Plimpik Paris Julai ini.

Hamidin sudah melakukan perbincangan bersama Garrido di Doha menyaksikan jurulatih dari Sepanyol itu turut menghadirkan menyaksikan skuad bimbingan Kim Pan-gon beraksi di Piala Asia baru-baru ini.

Skuad muda negara bagaimanapun berdepan ranjau berliku dalam saingan Kumpulan D apabila berdepan pasukan handalan Uzbekistan, Kuwait dan Vietnam.
 

Advertisement

Must Watch Video