Skip to main content

Bola Sepak

Piala Asia B-23: Mukhairi mohon doa dari rakyat Malaysia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mukhairi.jpg
Ketua pasukan skuad B-23 negara, Mukhairi Ajmal, memohon doa seluruh rakyat Malaysia menjelang aksi pembukaan Kumpulan D bertemu Uzbekistan esok di Stadium Antarabangsa Khalifa, Qatar.

Ini kerana pemain muda Selangor itu menyedari reputasi besar lawan berkenan yang merupakan juara edisi 2018 dan naib juara edisi 2020.

Dia berkata kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi: "Saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk berharap dapat memberikan sokongan yang positif kepada semua pemain di sini.

"Saya juga ingin memohon doa khususnya dari keluarga tercinta agar kami dapat lakukan yang terbaik."
 
Malaysia diletakkan dalam saingan Kumpulan D dan akan bertemu Vietnam pada Sabtu ini sebelum menutup tirai pusingan awal itu dengan menentang Kuwait pada Selasa depan.

Advertisement

Must Watch Video