See you at the opening!
— AFC Asian Cup Qatar 2023 (@Qatar2023en) January 11, 2024
Didn't get your tickets? Check out the official ticket resale platform for availability.https://t.co/voMYJiGPRc#AsianCup2023 #HayyaAsia pic.twitter.com/YijIwrMkFx
Selepas perlawanan epik final Piala Dunia 2022 di antara Perancis dan Argentina, Stadium Lusail sekali lagi bakal menjadi saksi kehebatan Qatar dalam menganjurkan perlawanan bola sepak berprestij dengan kehadiran peminat bola sepak seantero dunia.
Get ready to cheer for your team at the stadium!
— AFC Asian Cup Qatar 2023 (@Qatar2023en) January 11, 2024
The stadiums are ready and waiting to welcome you during the AFC Asian Cup Qatar 2023™️!
See the Saboog Family’s excitement as they invite you to come and cheer for your team at the stadiums.#AsianCup2023 #HayyaAsia pic.twitter.com/0f33ZXGcna
Itu baru perlawanan pembukaan. Jika dikira secara keseluruhan melibatkan 51 perlawanan di sembilan Stadium berkelas dunia yang bakal berlangsung sepanjang Piala Asia, jawatankuasa penganjur telah mengumumkan dalam sidang media baru-baru ini bahawa permintaan tiket sangat tinggi menyaksikan lebih dari 900,000 tiket sudah terjual di seluruh dunia dan pembelian tertinggi adalah menerusi peminat bola sepak dari Qatar, Arab Saudi dan India.
This morning's press conference set the stage! Welcome accredited media to our hub at the Main Media Center, #MsheirebDowntownDoha!
— AFC Asian Cup Qatar 2023 (@Qatar2023en) January 10, 2024
Get ready for the AFC Asian Cup Qatar 2023™️:
* 950,000+ tickets sold worldwide ?️
* 6,000 volunteers ready to support operations ?
* 51 matches… pic.twitter.com/FNwZu5qxTf
Selain itu, menurut satu ciapan di laman X rasmi AFC Asian Cup Qatar 2023, penonton yang bakal menyaksikan perlawanan di stadium tidak perlu risau kerana kemudahan pengangkutan awam akan diberikan secara percuma.
Mereka hanya perlu kemukakan tiket perlawanan untuk hari itu di stesen Metro Doha dan Lusail Tram untuk menuntut pas harian bermula 12 Januari.
Fans can present match tickets for the day at Doha Metro & Lusail Tram stations to claim their daily pass, starting January 12th.
— AFC Asian Cup Qatar 2023 (@Qatar2023en) January 11, 2024
To learn more, head to the information centres available in metro stations.#HayyaAsia #AsianCup2023 pic.twitter.com/fkWi8Fude9
Sudah pasti pengajuran kali ini akan memberikan seribu satu makna lebih-lebih lagi untuk peminat bola sepak di Asia.
Oleh itu, marilah sama-sama kita menyokong dan mengikuti perlawanan Piala Asia 2023 untuk membuktikan yang kualiti dan ‘standard’ bola sepak di rantau Asia juga setanding dengan negara negara Eropah!