BOLA SEPAK
Piala Asia 2023: Edisi anjuran Qatar berlangsung Januari 2024
Teka teki mengenai tuan rumah Piala Asia 2023 akhirnya terjawab apabila Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) mengumumkan Qatar dipilih selaku hos kejohanan teragung di rantau Asia itu.
Pemilihan itu secara tidak langsung mengetepikan tawatan tiga negara lain iaitu Korea Selatan, Australia dan Indonesia.
Selepas Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif AFC Ke-11 di AFC House hari ini,Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor John, ketika ditemu bual wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam, hari ini mengesahkan kejohanan berkenaan akan diadakan pada Januari 2024.
Iklan
"Salah satu faktor utama hasil perbincangan ialah stadium yang mempunyai struktur terbaik.
"Daripada 24 negara yang mengambil bahagian, cuma enam negara yang layak bermain dalam Piala Dunia tetapi 16 pasukan selebihnya tidak.
"Jadi ini memberi peluang untuk pemain beraksi menikmati stadium dan kemudahan terbaik.
"Ia juga kerana sumbangan kewangan dan penajaan yang ditawarkan tuan rumah.
"Biasanya Piala Asia di Asia Barat akan diadakan pada Januari kerana cuaca yang lebih sesuai.
"Tapi harus diingatkan Piala Dunia Remaja di Indonesia akan diadakan Jun dan September 2023 pula Sukan Asia di China berlangsung.
"Jadi Mei dan Jun tahun depan bukan masa yang sesuai, oleh itu Qatar menjadi pilihan untuk menganjurkan Piala Asia 2023 pada Januari 2024," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Must-Watch Video