Skip to main content

Bola Sepak

Piala ASEAN Mitsubishi Electric 2024: FAM jamin skuad terbaik

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fam.jpg
Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Scott O'Donell, yakin skuad negara mampu menghantar pemain terbaik bagi saingan Kejuaraan Piala ASEAN Mitsubishi Electric 2024 pada Disember ini.

Malah jelasnya, jadual padat bola sepak kelab Asia penghujung tahun tidak akan menjejaskan pemilihan pemain untuk kejuaraan edisi ke-15 berkenaan.

“FAM yakin skuad Harimau Malaya mampu mengumpulkan barisan pemain yang berkaliber untuk memastikan hanya yang terbaik dipilih bagi kejuaraan berprestij ini.




“Kejuaraan ASEAN dalam setiap edisinya sentiasa menjadi trofi yang sangat diidamkan.

"Negara-negara gergasi bola sepak rantau ini akan bersaing merebut gelaran juara serantau,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Biarpun mengakui beberapa kelab Liga Malaysia (Liga-M) mempunyai komitmen dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) dan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL 2) pada Disember, O'Donell percaya kejuaraan melibatkan negara Asia Tenggara itu kekal kejuaraan penting.

Sebagai rekod, Malaysia, juara edisi 2010, diundi dalam Kumpulan A bersama juara bertahan Thailand serta Kemboja, Singapura, dan Timor-Leste.

Kredit -- Sinar Harian

Advertisement

Must Watch Video