Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon, mahu mempersiapkan skuad terbaik bagi menghadapi Piala ASEAN yang berlangsung dari 23 November hingga 21 Disember depan.
Malaysia diundi dalam Kumpulan A kejohanan rantau ini tersebut yang turut mengandungi seteru ketat, Thailand, Kemboja dan Singapura.
"Undian yang sangat menarik.
"Kami juga bertemu Thailand yang merupakan juara bertahan.
Kami juga akan bertemu negara jiran, Singapura, dan kami akan berdepan Kemboja selain sebuah lagi pasukan daripada pusingan kelayakan.
"Kami akan cuba dapatkan barisan terbaik untuk menghadapi Piala ASEAN," katanya dalam satu kenyataan daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), sebentar tadi.
Skuad kebangsaan terkandas dalam separuh akhir edisi lalu selepas tumpas 1-3 kepada Thailand menerusi agregat.