Skip to main content

Bola Sepak

Piala AMEC: Pemain bola Vietnam tak kosong

vietnam-player.jpg
Selepas 10 tahun berhempas-pulas membahagikan masa sebagai pemain bola sepak dan pelajar, pemain Vietnam sudah mampu mengukir senyuman dengan pencapaian mereka dalam pendidikan. 

Nguyen Van Toan dan Vu Van Thanh -- yang kini menganggotai skuad Naga Emas dalam Piala ASEAN Mitsubishi Eletric (AMEC) -- sementara Nguyen Cong Phuong, Nguyen Tuan Anh, Luong Xuan Truong serta beberapa lagi pemain merupakan produk HAGL Arsenal JMG Academy yang turut menerima sijil diploma masing-masing daripada University of Criminology dalam satu majlis semalam.

Dalam masa sama, Universiti Ho Chi Minh City turut mengurniakan ijazah sarjana muda kepada mendiang jurulatih, Duong Minh Ninh, atas jasanya mengharumkan organisasi berkenaan. 

Cong Phuong berterima kasih atas kerjasama daripada pihak universiti kerana membantunya mengimbangi jadual padat sebagai pemain profesional. 

"Saya buktikan sebagai pemain, ia bukan alasan untuk anda tidak belajar.




"Anda perlu bekerja keras, mentelaah pelajaran selepas sesi latihan tamat demi meningkatkan pengetahuan dan menyumbang pada masa depan.

"Van Toan dan Van Thanh sedang beraksi dalam Piala AMEC. Saya mahu harap pasukan Vietnam beroleh kejayaan, bawa balik pulang trofi kejuaraan," katanya.

Kredit foto: VNExpress

 

Advertisement

Must Watch Video