Isteri kepada penjaga gol Harimau Malaya, Haziq Nadzli, kesal dengan kecaman melampau terhadap suaminya itu selepas kesilapan memberi kemenangan tipis 1-0 kepada Thailand dalam pertemuan Kumpulan A, Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024, malam tadi.
Kesilapannya di Stadium Rajamangala, Bangkok itu dihukum Patrik Gustavsson pada minit ke-57.
Justeru, Eyra Hazali menyuarakan rasa kurang senangnya di Instagram terhadap kritikan daripada sesetengah penyokong yang dianggapnya keterlaluan.
"Caci makian yang anda lemparkan, kami boleh terima. Tapi hinaan, mendoakan suami saya lumpuh dan melibatkan anak-anak kami adalah melampau.
"Saya berdoa semoga doa-doa itu tidak berbalik pada anda dan keluarga. Dan kami sentiasa ada untuk Haziq," katanya.
Shaiful Shamsudin
Sun Dec 15 2024