Pemain kebangsaan Singapura, Jacob Mahler, menjadi wira buat Tampines Rovers apabila diturunkan beraksi 24 jam selepas tugasan antarabangsa, sekali gus menghadiahkan kemenangan pertama dalam Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee musim ini malam tadi.
Pada Selasa, dia antara tonggak negara yang menghadapi bekas juara lima kali Piala Dunia dalam perlawanan persahabatan antarabangsa menyaksikan The Lions tewas 0-7.
Mahler pada semalam turut dimasukkan selaku pemain gantian pada minit ke-74, dan menanduk masuk gol kemenangan pada minit ke-93 untuk tiga mata pertama kelab itu dalam edisi kali ini.
Tampines Rovers come from behind TWICE to beat Ratchaburi thanks to Jacob Mahler's stoppage-time header 🥵 #ShopeeCup #ASEANUtdFC https://t.co/gEVOFYERKD
— ASEAN United FC (@aseanutdfc) November 18, 2026
Wakil Thailand, Ratchaburi hampir membawa pulang satu mata namun terpaksa berputih mata dengan kebangkitan tuan rumah.