Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mungkin boleh meletakkan sasaran tinggi dalam Piala AFF walaupun Harimau Malaya dibarisi ramai pemain muda dan muka baru.
Jurulatih berpengalaman, Wan Jamak Wan Hassan, berkata sasaran tinggi itu bukan untuk memberikan tekanan kepada pemain, sebaliknya mampu membakar semangat mereka untuk memperagakan aksi terbaik dalam kejohanan berkenaan.
“Memang itu (letak sasaran tinggi) yang perlu dibuat FAM. Siapa pun yang berada dalam senarai akhir 23 pemain, sekurang-kurangnya kita sudah letak di satu standard yang tinggi.
“Kalau dapat capai, ia adalah satu pencapaian dan kejutan untuk pasukan kebangsaan tetapi jika tidak, ia boleh dijadikan sebagai medium untuk jurulatih melihat keupayaan sebenar pemain muda dan muka baru yang mewakili negara kali ini. Jadi, jangan takut letak sasaran tinggi,” katanya.
Untuk rekod, ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon, masih belum mengumumkan sasaran dalam Piala AFF.
Wan Jamak, yang juga bekas pengendali kebangsaan, turut menyifatkan sasaran ke perlawanan akhir sebagai realistik untuk diletakkan Pan-gon dan FAM.
Menurutnya, ia berdasarkan semangat pemain muda dan baru yang sudah tentu akan memberikan aksi luar biasa buat negara kerana kali pertama menyarung jersi kebangsaan.
“Harapan penyokong dan saya sendiri sudah tentu mahu melihat mereka ke final. Bagi saya, pemain baharu atau pemain lama, itu persoalan nombor dua.
“Apa yang penting, pemain itu mewakili negara dan apabila mewakili negara, dia kena menunjukkan prestasi yang baik berbanding kerika mewakili kelab.
“Kita juga kena tengok apabila pemain baru diberikan peluang bermain, mereka akan menunjukkan satu permainan yang luar biasa untuk memenangi hati peminat dan jurulatih. Jadi tidak salah meletakkan sasaran tinggi,” katanya.
Harimau Malaya akan memulakan aksi pembukaan Kumpulan B Piala AFF 2022 dengan menentang Myanmar di Yangon pada 21 Disember ini.
Skuad bimbingan Pan-gon itu kemudian dijadualkan bertemu Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 24 Disember sebelum menentang Vietnam di Hanoi (27 Disember) dan menutup saingan peringkat kumpulan dengan berdepan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 3 Januari depan.
Kredit: Sinar Harian